Saturday, December 26, 2009

7 Secrets Of Success?!



Wednesday, September 16, 2009







Jangan tertarik kepada seseorang karena parasnya sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya karena kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, karena hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah. Semoga kamu menemukan orang seperti itu.

Tuesday, September 15, 2009







Jika anda berhasrat untuk berjaya , jangan hanya memandang tangga itu...Tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut...

Monday, September 14, 2009

Bored Day Ever...

Nothing special today...
Nothing happens today...
Nothing suprise today...
Nothing Nothing Nothing!!!
But Don't Be Bored...
Chill!!!






Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.

Friday, September 11, 2009







Jika kejahatan di balas kejahatan , maka itu adalah dendam...Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa...Jika kebaikan dibalas kejahatan , itu adalah zalim...Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan , itu adalah mulia dan terpuji.

Wednesday, September 9, 2009

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri...

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada semua. Lebaran kian hampir, dikesempatan ini aku ingin memohon maaf kepada semua andai kata sepanjang perkenalan ini ada aku mengguris hati mana-mana pihak. Diharap lebaran tahun ini membawa seribu satu kenangan kepada anda dan keluarga. Marilah kita sambut hari kemenangan ini dengan penuh kesyukuran dan jangan kita lupa dengan saudara-saudara kita yang kurang bernasib baik dan saudara kita yang masih berjuang untuk bumi tanah air mereka. Bagaimana nasib mereka? Pernahkah kita terfikir? Jadi sambil kita bergelak ketawa, bergembira dengan sanak-saudara, riang bermain bunga api dan sebagainya, ingatlah kepada insan yang tak merasa nikmat aidilfitri ini.

Sekian saja entri sempena lebaran tahun ini...
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Sunday, September 6, 2009

Jika Aku Pemimpin Malaysia


Jadi apa yang akan aku lakukan kepada Malaysia ini jika aku adalah seorang pemimpin Malaysia? Walaupun ianya satu angan-angan yang tinggi dan mungkin tidak pernah kita fikirkan, tapi tidak salah untuk kita berfikir sejenak, apa akan kita lakukan jika kita ditempat mereka sebagai pemimpin Malaysia. Selama ini kita hanya merungut dan berkata itu ini kepada pemimpin, tapi jika kita ditempat mereka, apa akan kita lakukan. Mari berfikir sejenak.




  •  Jika aku adalah pemimpin Malaysia perkara pertama yang akan aku lakukan ialah merombak kembali sistem pendidikan negara. Bukannya aku tidak setuju dengan sistem yang ada sekarang, tapi apa yang dapat dilihat ialah sistem pendidikan sekarang adalah 100% berorientasikan peperiksaan. Kesannya, para pelajar akan melihat peperiksaan itu sesuatu yang amat penting. Ya betul peperiksaan itu penting, tapi apa yang lebih penting ialah bagaimana para pelajar dapat mengimplementasikan kembali pelajaran teori yang telah mereka belajar dalam kehidupan seharian secara praktikal. Rata-rata hanya memahami secara teori tapi lemah dalam mempraktikkannya dalam kehidupan seharian. Dunia pekerjaan mengkehendaki kita untuk menjadi seorang yang praktikal dan proaktif, bukan hanya memahami secara teori tapi tidak mampu menyelesaikan sesuatu permasalahan. Jadi apa yang aku lakukan ialah, menjadikan sistem pendidikan berasaskan kepada 2 asas utama iaitu teori dan praktikal. Contohnya 60% praktikal dan 40% teori iaitu peperiksaan. Ini pada pandangan aku dapat memberikan lebih pemahaman kepada para pelajar mengenai apa yang mereka pelajari. Bukan hanya menghafal bulat-bulat apa yang dicurahkan kepada mereka, tapi mempraktikkan dan memahami konsep yang diajar. Ini lebih mudah selain dapat mengurangkan kesan tekanan belajar dan secara tidak langsung dapat melahirkan generasi yang lebih praktikal dan proaktif yang bukannya hebat dalam pelajaran teori semata-mata. Setuju?

  •  Langkah seterusnya yang akan aku ambil ialah, memberikan pendidikan percuma kepada rakyat Malaysia. Walaupun langkah ini nampak mengarut tapi inilah yang cuba akan aku lakukan. Sesetengah pihak mungkin mempertikaikan, mana mungkin pendidikan percuma diberikan. Soalan aku, kenapa tidak? Jika ada kemahuan disitu ada jalan. Aku tidak bercakap kosong, perkara ini tidak mustahil dilakukan jika kita mengambil kira sumber ekonomi dan aset-aset negara yang kita ada sekarang. Mengikut satu kajian oleh seorang pengkaji ekonomi barat (maaf aku lupa siapa beliau) mengatakan, dengan sumber ekonomi dan aset-aset negara yang Malaysia miliki sekarang, Malaysia mampu memberikan pendidikan percuma kepada semua rakyatnya sehingga mereka memegang ijazah pertama! Dan ianya mampu dicapai dengan pengurusan ekonomi yang baik tanpa korupsi. Tapi apa yang lebih penting, ianya tidak mustahil dilakukan. Dengan sedikit perubahan dalam sistem ekonomi kita, pendidikan percuma mampu diberikan.
  •  Memperkuatkan institusi keagamaan adalah langkah lain yang akan aku ambil jika aku pemimpin Malaysia. Memandang kepada tahap masalah sosial dan akhlak remaja-remaja harapan negara pada hari ini, aku rasa langkah terbaik untuk mengubati permasalahan yang kian mewabak ini ialah melalui ajaran agama yang betul dan pegangan agama yang teguh. Agama dapat membentuk tamadun dan dengan agama sesebuah negara itu akan terus maju dan makmur. Jadi terasnya ialah, kuatkan institusi keagamaan agar para harapan negara ini menjadi satu generasi yang membanggakan dan mempunyai pengangan dan pendirian yang kuat. Secara tidak langsung gejala sosial yang teruk kini dapat diubati. Ini jika aku pemimpin Malaysia.

  •  Seterusnya ialah memberikan kebebasan kepada media dalam menyebarkan berita-berita yang tidak berat sebelah dan adil kepada semua. Semua pasti sudah jelas dengan had media di Malaysia, stesen-stesen tv yang lebih kepada pro-kerajaan dan akhbar-akhbar yang berat sebelah. Ini akan aku ubah kerana rakyat berhak mengetahui perkara sebenar bukan menyelindungkan perkara sebenar dari mata rakyat. Ya sudah pasti aku akan memastikan kebebasan bersuara diberikan kepada semua pihak tapi dengan etika-etika yang perlu dipatuhi. Ini penting kerana kebebasan tanpa batasan akan membawa petaka jua akhirnya.

Jadi inilah yang cuba akan aku lakukan jika aku pemimpin Malaysia. Walaupun perkara-perkara diatas nampak agak berat untuk direalisasikan namun ianya tidak mustahil untuk dilaksanakan. Seperti yang aku katakan sebelum ini, dimana ada kemahuan disitu ada jalan. Apa-apa pun yang paling penting ialah kita harus mencuba bukannya terus membuat kesimpulan awal. Bagaimana? Setuju?

Thursday, September 3, 2009

7 Perkara Yang Amat Bernilai Bagiku...

  •  My family. The most important peoples in my life...



  •  My friends. They are a part of my soul...


  •  My soccer shoes , Nike Tempo Legend...

  •  My camera, Olympus SP550uz. I really love my camera since my father bought it for me...


  •  My memories. Kenangan yang takkan berulang. 


  •  Time. Appreciate it as long there is time for you...


  •  Opportunity. Something we can’t get it twice...

7 Perkara Yang Menakutkan...

  •  Kehilangan orang yang paling penting dan disayangi dalam hidup ini, keluarga. I’m not ready for it yet. I can’t imagine what will happen to me if the time comes. Whatever it is, the time will comes and I must be ready and strong to face it.



  •  Kehilangan rakan-rakan dan sahabat. I can’t live without them. They are part of my soul.


  • Terlibat dalam kemalangan. I don’t know why but I sad whenever I see the accident when I drove home and read the news about it in newspaper. Tengok eksiden-eksiden yang ngeri tu buatkan diri ini insaf. Moga dijauhkan.


  •  Hilang upaya. Pernah terfikir tak bila tiba-tiba kita hilang keupayaan untuk melihat? Mendengar? Berjalan? Bercakap? Sometimes, I think of it and it makes me appreciate of what I have right now. Alhamdulillah.


  • Hilang kepercayaan. I can’t imagine what will happen if peoples around me never believe at me anymore. Apa lagi kita mampu buat bila orang dah tak percaya kat kita? Dapatkan balik? Dapatkah? Jadi, kepercayaan ini harus dijaga.


  • Berjalan dalam gelap. Ini dah buka kelemahan sendiri ni. Ok, I 'm PENAKOT! Full stop!


  •  Anjing dan anak beranaknya. Ini kerana saya mempunyai kenangan yang tidak baik dengan spesis ini. Ceritanya terlalu panjang untuk diceritakan, ini je yang mampu diberitahu.

What's Friends To Me


Kawan membawa satu maksud yang besar .

Terkenangkan budak yang nakal , budak yang rajin belajar , pertama kali didenda oleh cikgu dan banyak lagi peristiwa yang berlaku semasa di sekolah rendah...

Bila usia semakin meningkat , banyak benda yang kita lalui masa kecik akan hilang , dan masalah pula akan bertambah...

Kengkadang , kita akan terkenangkan kengkawan yang dah lama kita tak jumpa...

Mungkin keadaan dah berbeza tapi apa yang telah kita lalui akan sentiasa menjadi memori yang paling indah sekali...


Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

Tuesday, September 1, 2009

MERDEKA!!!

Today is 31st August 2009, which is the 52nd Malaysia Independent day. Without we realized, it was already 52 years we live in peace and harmony. Thanks to all of our patriot who fought for our independent and to assure the future generations will live in peace and harmony unlike during their time. Have we ever remembered their sacrifice? Have we ever realized how hard they fought for this independent, for the peace and harmony of this country?










Sometimes, we need to think about all these. Think about the future of the country, put aside all those never-ending-political-issues and focus more on how to protect our country independent and keep our country in peace and harmony for the next 50 years probably. Agree with me? I’m sick whenever I watch on television, this party say this party like this, like that, didn’t think about “rakyat” and bla bla. Do the talking only is not enough, if you care about the “rakyat”, why not we sit together and think about the solution together? We’re 1 Malaysia, right? Why not we sit together as 1 Malaysia, solve the problem as 1 Malaysia and come out with solution as 1 Malaysia. Hence, I think it is not an issue from which party are you from, from which region and so on. We should be together as 1 team, 1 Malaysia. Am I right?







Regarding our Malaysia Independent Day celebration, do you think it is really necessary to have celebration for this day? I know it is a symbol of our “independent” to have celebration for this day, but if we take into consideration about our country condition right now especially with the spreading of H1N1 virus, do we really need this celebration? In my personal opinion, I don’t think we need this celebration. There are a lot more of ways we can do to appreciate and celebrate our Independent Day. Am I right?




So, in conjunction of our 52nd Malaysia Independent day today, I wish our country’s peace and harmony will be forever and our independent will be protected until the end. This duty is not only put on the shoulder of our leaders, but also us. So, let’s make it a reality and protect what we have right now.

Tuesday, August 25, 2009

Ramadhan Bulan Yang Mulia...


Salam kepada semua...Rasanya belum terlewat untuk aku ucapkan selamat menjalani ibadah puasa...
Pejam celik pejam celik , dah masuk hari ke - 3 kita menempuhi bulan Ramadhan ni...Begitu cepat masa berlalu pergi tanpa kita sedari...Diharap Ramadhan kali ini membawa 1001 makna buat kita semua...Aku rase gembira melihat masjid dipenuhi oleh makmum - makmum untuk bersolat terawikh , ramainya yang tidak akan terlihat pada hari - hari biasa...Semoga kita semua akan mendapat
keberkatan - Nya...Insyaallah...Sekadar post yang ringkas bersempena Ramadhan ni , aku ingin mengucapkan 


"SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN ALMUBARAK" 







Saturday, August 15, 2009

Muhamed Fadzli In Memory...


10 Ogos 2009 (isnin) , tarikh yang amat penting bagiku dan tak 
akan aku lupa tarikh ini sampai bila - bila...Hari ni merupakan hari yang paling menyedihkan dalam sejarah hidup aku...Pemergian sepupu rapat aku , Allahyarham Muhamed Fadzli , akan dikenang sampaibila - bila...Arwah merupakan seorang yang sangat
baik dan sentiasa ceria... Bekerja di Lembaga Perindustrian Nenas...Arwah juga pandai memasak dan selalu mengambil berat tentang hal keluarga...Dia selalu datang ke rumah aku jika ade masa lapang...Kepada pembaca , marilah kita sama - sama sedekahkan AL - FATIHAH kepada
Allahyarham Muhamed Fadzli Bin Hasin...
Semoga rohnya ditempatkan di kalangan
orang - orang yang beriman...Insya-Allah...

Wednesday, August 5, 2009

Can't Live Without Paintball...





Paintball is one of the toughest sports in planet... However, i love this sport cuz i enjoy shooting people :P I'm not expert in this sport actually but i enjoy playing it... But the problem is, the COST... Too expensive compare with other sports... I love playing paintball but i don't have much friends to play with... 

Saturday, August 1, 2009

I am Hyrul , Hyrul am I...





Assalamualaikum.. Bonjour bloggers! My name is Mohamed Hyrul Amry Bin Abdul Rahim. My family use to call me Hyrul :) I'm a Johorean. I'm a muslim I born in JB on 16 February 1995. Well i'm new in this blogger stuff. I love photography! For me photography is an art. Every picture have their own stories. I'm a photographer and a student at Alam Shah Science School. I love my school! Sometimes i can be rude to other people. Sometimes i can be a serious person. Sometimes i can be the most evil person on earth. I also can be your worst nightmare if you make me mad. Haha that's all :)

Followers