Assalamualaikum dan salam sejahtera pada semua. Lebaran kian hampir, dikesempatan ini aku ingin memohon maaf kepada semua andai kata sepanjang perkenalan ini ada aku mengguris hati mana-mana pihak. Diharap lebaran tahun ini membawa seribu satu kenangan kepada anda dan keluarga. Marilah kita sambut hari kemenangan ini dengan penuh kesyukuran dan jangan kita lupa dengan saudara-saudara kita yang kurang bernasib baik dan saudara kita yang masih berjuang untuk bumi tanah air mereka. Bagaimana nasib mereka? Pernahkah kita terfikir? Jadi sambil kita bergelak ketawa, bergembira dengan sanak-saudara, riang bermain bunga api dan sebagainya, ingatlah kepada insan yang tak merasa nikmat aidilfitri ini.
Sekian saja entri sempena lebaran tahun ini...
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.
0 comments:
Post a Comment